Tuesday 5 June 2012

RINDU....

YA ALLAH 
tatkala ini, rindu rasanya pada latihan yang memenatkan..
latihan yang mengasak tubuh supaya menjadi kuat..
pada peluh yang membasahi tubuh..
pada teriakan yang melepaskan geram di jiwa..

walaupun berat kadang-kadang..
fed-up dan bengang..
namun, kenangan beginilah yang sentiasa dirindui..
tatkala alam menjadi teman..
tanah menjadi hamparan..
langit menjadi atap..
kesejukan peneman saban malam..
dan terik suria mengiringi waktu siang..
di sini mengajarku erti kepayahan...
moga ALLAH redha..

ia bakal berakhir..
ada nada gembira...
namun ada tersilat sedikit kedukaan..
mugkin tidak akan merasa lagi zaman ini..
duka dan suka bertaut menjadi sabati...

namun, pasti ada hikmah setiap jalan yang ALLAH tunjukki...
percaya pada ALLAH..
INSYAALLAH semua pasti baik2 saja =)

Friday 1 June 2012

pengakhiran...
setiap yang bermula pasti ada akhirnya.....

alhamdulillah puja dan puji kehadrat Ilahi atas nikmat iman dan islam yang diberi..terasa pantas masa berlari.. meninggalkan diri yang masih tidak keruan mencari nilai hakiki..
pejam celik..pejam celik...sudah tiba di pengakhiran sem ini...
sem yang terlalu memenatkan diri..
terlalu menguji tahap keimanan hati..
membukti sejauh mana ikhlas yang dituturi..
mencoretkan sekuat mana redha Ilahi yang kucari...
semua sudah tercatat dalam diari amalan malaikat raqib dan atid..
bagaimana sebuah permulaan perjalanan akan tiba disaat pengakhiran...
lelah aku mahu coretkan cerita sepanjang jalan..
payah ingin ku luahkan rasa yang terpendam..
ketar pena erat ku gengam..
tiada sebaris mampu ku tuliskan..
pada ALLAH sahaja aku curahkan..
segala isi hati luahan perasaan..
moga ia tidak meninggalkan beban..
sebuah pengakhiran akan memulakan perjalanan baharu..
berakhir kehidupan di dunia..bermula kehidupan di alam barzakh..
lalu..perjalanan ke hari pembalasan...
syurga dan neraka tempat perakhiran...
moga setiap perjalanan ALLAH redha..
=)
pepel ungu
2 jun 2012
1:37 am

Friday 20 January 2012

Andainya kau mengerti....


Ya ALLAH, ku sudah mengjangkakan pasti ada sesuatu untuk annual camp kali ini...terima kasih ya ALLAH...

andai dulu aku terlalu kecewa apabila menghadapi sesuatu kebenaran, kini aku mampu tersenyum mendegarnya..kerana ku tahu, apa yang berlaku, Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buatku...

andai dulu aku terlalu menyalahkan keadaan, kini tidak lagi, aku berterima kasih kepada keadaan ini..kerana sudah terang lagi bersuluh, ALLAH sentiasa memberiku petunjuk untuk mempercayai seseorang. Sungguh aku tak percaya dan sedikit terkilan, selama aku masih menjaga hatiku untuk berprasangka baik terhadapnya...mereka pula sunguh-sungguh untuk membuka aibku, berkata buruk tentangku..menjadikan aku suatu bahan bicara untuk mereka. 

bila ku tahu tentang perkara ini, hatiku menyanyi riang, bibirku tersenyum panjang...terima kasih kerana selalu berkata tentangku kerana aku baru terbaca suatu artikel..bila ada orang mengumpat kita, kita akan mendapat pahala.=) andai dulu selalu ku salahkan mengapa takdir membuatkan aku berjumpa dengan pelbagai ragam manusia yang belum pernah aku jumpa ketika di sekolah..ternyata itulah kehidupan. Jalan yang dipilih tidak akan selamanya dihampar karpet merah ibarat diva. Kini aku bersyukur, aku masih lagi boleh belajar mendamaikan hati, dan berbaik sangka . Aku juga beruntung mendapat kawan yang begitu prihatin terhadap apa yang ku lakukan sehingga selalu menjadi perhatian dan terima kasih untuk bercakap tentangku...=)

Ya ALLAH terima kasih untuk kebenaran yang kau tunjukkan ini.....=)

Monday 16 January 2012

zinnirah.....wanita buta yang celik hatinya.....
dah lama dengar lagu ni..tapi belum kenal siapa mujahidah didalam lagu nie...n yg paling xleh terima...aku tak try lak taip kat tenet..hehe..pe pon semalam dah jmpe siapa zinnirah...subhanallah...cantik peribadi dan cintanya  kepada ALLAH dan ISLAM...jom ikuti kisahnya....


Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.

Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya.

Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yang telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yang awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak seorang pun bebas daripada pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga yang murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.

Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.

Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya.

Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya.

Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini.

Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.

Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.

Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripa Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.

Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir.

Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".

Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

Marilah kita berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah S.W.T supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dengan pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah hati kita terus celik...inilah idola kita, Zinnirah....


sumber : KLIK SINI

Sunday 15 January 2012

ahaksss annual camp datang lagi..yeahhhh ^_^


hehe sebenarnya entri sebenar bukan lah betoi-betoi menunjukkan apa yang terbuku di hati..huhuhu.. rasa hati ini macam nie sebenarnya....
haha...comel kan..hehehe...sebenarnya annual camp ni best sangat2...keluar peluh habis.time ni la rasa sihat dan gagah sikit..lau nak harap diri sendiri p joging....hahha jangan haraplah..nak naik tanggan p aras dua pon malas.. time latihan n camp pandai pulak ambik masa sendiri p joging..tp tu pon bila dah terdesak jer..hehhee... 

Apa yang best time kem???
1. kompom la sebab dapat makan free
2.dapat elaun lagi
3.dapat belajar sesuatu yang baru dan mungkin orang lain xdapat belajar
4.dapat buat sesuatu yang selama ni x pernah terpikir pon boleh buat..yeahh (^_^)V malaysia boleh
5.time tu la dapat rasa 'rotan' yang dah lama tinggal (time kat sekolah je pernah rasa)hehe
6.hehe bulat cakap leh main kotor (ala main selut..cam budak2 dedulu hahaha)
7.dapat pakai loreng lama2 kot..sbb i love loreng..hehehe
8.dapat isi masa terluang (banyak la)
9.dapat kenal HATI BUDI KAWAN2 (time ni lah kita akan kenal sapa kawan dan sapa lawan)
10.leh tgok pemandangan...(pemandangan malam, pemandangan dari atas bukit, suasana dan rasa berada dalam  hutan,love it)
~dah-dah tue je kot...lau ada yang lain pon malas dah tulis..hehhehe...

TAPIIIII!!!!
~JANGAN TINGGAL SOLAT ...(solat tu tiang agama, lau x solat maknanya???)
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud: "Solatlah dalam keadaan berdiri. Maka sekiranya kamu tidak mampu hendaklah dalam keadaan duduk. Seterusnya, sekiranya kamu tidak mampu maka dengan berbaring” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
~LEPAS DAH SOLAT..JAGA ANGGOTA BADAN LAK TAU... (jangan bersentuhan dengan yang bukan muhrim..jaga anggota badan anda daripada disentuh dan menyentuh..ingat tubuh badan kita amanah..jaga amanah kita dan amanah orang lain..hormati hak orang lain dan orang lain akan hormati hak kita=) )

~JAGA JUGAK AURAT..(jangan dedah sembarangan yer)
~JAGA HATI (supaya tidak timbul prasangka buruk n dengki mendengki)
~JAGA MULUT (supaya kata-kata kita tidak akan membuat orang sakit hati, makan hati..hehe walaupun penat dan ada rasa tak puas hati..ermmm jaga kata-kata dari berkata kesat..hehhe)
~JAGA KESIHATAN (hehuu..jaga kesihatan t x sempat nak hbiskan 3 minggu emas nnie..lalalla)


nie je kot pesanan dan coretan yang nak ku tulis..hehhe erm ni jugak nasihat tuk diri sendiri...sama2 lah kita saling mengingati sebab manusia tak sempurna..ada je khilafnya..=)
yg penting
muka macam ni msti wujud
hehe pe pun do da the best 4 da camp..
SEMANGAT!!!!

Thursday 5 January 2012

10 sifat calon suami yang baik:


  • 1Kuat amalan agamanya. (menjaga solat fardhu, kerap berjemaah,solat pada awal waktu, auratnya sentiasa dipelihara, dan memakai pakaian yang sopan...ini boleh dilihat ketika dia bersukan)
  • 2.Akhlaknya baik (seorang yang nampak tegas tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, emlambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • 3.Tegas mempertahankan maruahnya (tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.)
  • 4.amanah (tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • 5.Tidak boros tetapi tidak kedekut)bijak menggunakan wang dengan bijaksana.
  • 6.Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  • 7.Pergaulan terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dirinya mampu berbuat demikian.
  • 8.Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  • 9.Bertanggungjawab (lihat dia dengan keluarga dan ibu bapanya)
  • 10.wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau kecemasan.
p/s : sumber daripada fb Ahmad Fetri Yahya (personaliti tv)


terima kasih akhi fetri yahya....ciri-ciri yang sangat bagus untuk dikongsi..ahaks...dannnn ciri-ciri aku plak......bakal suami ku nanti :
  1. leh jadi imanm untukku dan anak-anakku....(saya teringin tuk solat jemaah bersama keluarga)
  2. pandai menjaga pergaulan...kata-katanya bukan berbaur gurauan manja dan kata-kata manis dengan wanita lain..juga bukan yang mudah mengucap kata-kata sayang, cinta dan sebagainya..kernaku kuat cemburu...hehehe...tidak terlalu bebas dengan wanita lain..tidak duduk rapat..yang penting dia tahu jaga diri dia bile dgn wanita lain..
  3. ada gaya pemimpin...kerna nanti dia yang akan memimpin aku dan anak-anakku ke syurga..
  4. tegas dalam memberi nasihat...tapi berhikmah..sbb aku nie degil..teeettt (^_^)...    (Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-istrimu , karena sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan sholat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya.
  5. terima diri aku seadanya...sebab aku insan biasa banyak kelemahan..moga kelemahanku menjadi kelebihan bagi dirinya..
  6. dia mestilah seorang yang baik.....                                                                                          Nabi Muhammad SAW bersabda :
    “Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

    dannnnn...die seorang yang pandai memasak...hehe
    hehhehehheheh (^_^)V


    p/s banyak lagi...tp malas dah tulis....len kali lak...lallalalala....


Tuesday 3 January 2012


Dia adalah jodohku???

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.